Wednesday, July 25, 2007

Royal Military College - Songs

Got this from Bandit's Batch's blog.



BERKHIDMAT MEMIMPIN
Berkhidmat Memimpin cogan yang mulia
Maktab Tentera DiRaja yang ternama
Putera dan Kadet sentiasa bersama
Menjunjung harapan nusa dan bangsa
Menuntut ilmu
Tekun usaha
Bersukan ukir daya sejahtera
Berdikari amalan yang teruja
Memupuk semangat wira waja

ALPHA COMPANY
Khidmat Jujur Pimpin Tegas cogankata
Warna biru lambang gagah dan perkasa
Tinggi di awan kita jajahi
Dengan semangat yang berani
Berkobar rasa di hati kami
Jerit nama A Kompeni

Sukan dan pelajaran
Dapat dikerjakan
Dengan semangat keyakinan
Berdisiplin tinggi
Berazam akan genggam nama A Kompeni

BRAVO COMPANY
Kami sedia berkhidmat
Untuk Bravo Kompeni
Mulia Perkasa Jaya
Bendera kuning
Itulah lambang kami
Kompeni yang ternama
Mulia lagi perkasa
Sukan dan pelajaran
Sentiasa di depan
Kami Putera B Kompeni
Harapan ibu pertiwi
Yang bersemangat tinggi
Berani mati
Itulah sumpah kami

CHARLIE COMPANY
Cekal Cergas Kejayaan
Itulah motto kita
Harapan agar warna bersinar
Terbaik terpuji dan tercinta
Sepadu usaha giat cekal
Dalam pelajaran serta sukan
Semangat dalam semua lapangan
Sehingga terpupuk perhubungan
Putera dari berbilang bangsa
Ketua hormati setia
Ugama Islam tidak dilupa
C Kompeni lambang berjaya
Usaha itu teras berjaya
Kebersihan dalam apa jua
Semangat ada tidakkan hampa
Biarkan terus kita berjaya

DELTA COMPANY
Berdisiplin dan Dedikasi
Itulah cogan Kompeni kami
Bersatu jujur dan berani
Menjadi teras kompeni kami
Sentiasa maju dalam semua bidang
Sukan dan pelajaran di hadapan
Semangat berjaya sentiasa ada
Menjadi komandan kompeni

EAGLE COMPANY
E Kompeni nama diberi
Lambang kemegahan semua ahli
Sanggup berbakti dan berdikari
Itulah ahli E Kompeni

Warna hitam tanda usaha
Kuning lambang DiRaja
Eagle melambang kuasa kami
Cengkaman maut pantas sekali
Ilmu dan sukan
Hasrat di hati
Maju jayalah E Kompeni

FOXTROT COMPANY
Dari timur sampai ke barat
Berkumandang di udara
Namamu harum maruahmu tinggi
Itulah F Kompeni
Padamu daku berjanji
Rela menabur bakti
Sentiasa Usaha untuk Kompeni
Itulah cogan kami

GOLF COMPANY
Kami wira G Kompeni
Bersumpah dan berjanji
Berjuang dan berbakti
Demi untuk ibu pertiwi

Gagah dan berani
Itulah cogan kata kami
Berjuang hingga mati
Berjuang hingga mati

Harimau lambang kami
Kemegahan G Kompeni
Sentiasa di hadapan
Dalam apa jua bidang

Pantang menyerah kalah
Itulah sifat kami
Berjuang hingga mati
Berjuang hingga mati

HOTEL COMPANY
Terbang tinggi bersama sang helang
Di angkasa raya
Maju sambil menyerang lawan
Menyapu hingga berjaya

Kami Putera-putera H Kompeni
Yang gagah dan berani
Sanggup berjuang untuk kompeni kami
Dari angkara semua kompeni
Inilah hasrat murni kami
Pasti maju takkan berhenti
Bersatu Asas Kejayaan
Itulah cogan kami
Bersatu teguh bercerai roboh
Pasti akan kami rempuh
Inilah barisan anak muda
Yang gagah dan perkasa

RSM SONG
Kamilah putera Maktab Tentera
Yang taat dan setia
Sedia berkorban walau apa saja
Untuk nusa dan bangsa
Putera benteng pertahanan negara
Putera gagah perkasa
Biar putih tulang, jangan putih mata
Pantang undur, tetap mara
Darat laut dan juga udara
Sentiasa terpelihara
Membujur lalu, melintang patah
Angkara musuh dimusnah
Maktab Tentera DiRaja
Memimpin Kadet dan Putera
BERKHIDMAT MEMIMPIN cogankata
Maju mara kita kan berjaya

KOMANDO SONG
Tiada gunung terlalu tinggi
Buat kami daki di tengah panas
Tiada jurang terlalu dalam
Buat kami turun di malam gelap
Malam gelap
Hutan rimba padang lalang
Dusun sunyi jalanan jauh
Panas terik hujan berangin
Majulah- ayuh maju
Ayuh Maju!!!

Takkan patah hati kami
Kerana terlatihnya
Pasukan Putera RMC
Menyapu lawan semua
Yah Yah Yah !!!

Payung indah mengembang
Di angkasa raya
Desiran ombak ku kayuh
Cuaca buruk ku tempuh
Itulah Putera RMC!!!

I GOT THE PUTERA SPIRIT
I've got the Putera Spirit,
Up in my head- WHERE?
Up in my head- WHERE
Up in my head, I've got the Putera Spirit..
Deep in my heart-WHERE?
Deep in my heart- WHERE?
Deep in my heart,I've got the putera Spirit
Down on my knees- WHERE?
Down on my knees- WHERE?
Down on my knees, I've got the Putera Spirit
Up in my head- WHERE?
Deep in my heart- WHERE?
Down on my knees, I've got the Putera Spirit
All over me, All over me.. today..

KU AMBIL RUMPUT DI PADANG
Ku ambil rumput di padang
Ku jadikan penyamaran
Rupa cantik bertukar menjadi syaitan
Agar sukar dikesan

Bergerak bertempur
RMC pantang undur
Walaupun peluru datang bertabur
Cukup dengan batang cangkul


No comments:

Post a Comment